Showing posts with label Kumpulan Umbrella. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Umbrella. Show all posts

Tuesday, January 20, 2009

Masih Ingatkah Lagi Dengan Kumpulan Umbrella


Kumpulan ini terdiri dari 5 orang anak muda dari seluruh Malaysia.Penyanyinya Zarul berasal dari Kelantan,bass, Rizal berasal dari Alor Setar Kedah,Saiful selaku pemain drum pula berasal dari K.Lumpur manakala pemain gitar Hafiz juga berasal dari K.Lumpur,akhir sekali pemain keyboard Isnin berasal dari Johor.

Kumpulan ini ditubuhkan pada 1994 oleh komposer yang tak asing lagi di tahun 90an iaitu Saari Amri hasil ujibakat yang diadakan oleh syarikat rakaman beliau Mekar Production yang juga menerbitkan album kumpulan U.K's

Umbrella tampil dengan album pertama mereka berjudul "Seribu Rahmat" pada awal 1995 setelah hampir setahun di studio rakaman.Konsep yang diketengahkan oleh Umbrella adalah muzik pop latin serta sedikit lagu lagu balada.Hampir 90 peratus lagu lagu didalam album ini dicipta dan diterbitkan oleh Saari Amri,antara lagu lagu yang berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tanahair pada ketika itu adalahg seperti Ramalanku Benar Belaka,Bukalah Hatimu dan Retak Jangan Relai.

Album ini telah berjaya mendapat jualan melebihi 80.000 unit dan berjaya mendapat anugerah Platinum dari syarikat rakaaman BMG pada tahun 1995.

Disini yang tampilkan sebahagian lagu lagu yang best dalam album Seribu Rahmat

Ramalanku Benar Belaka
Bukalah Hatimu
Retak Jangan Relai