Dari dahulu lagi ramai antara kita yang suka menyanyi,ada yang hanya suka-suka,ada yang nak menunjuk nunjuk,ada juga yang dah ketagih menyanyi dan macam macam lagi alasan demi memenuhi rasa ingin menyanyi
Namun ramai antara mereka ini yang hanya tahu menyanyi tetapi mereka tak pernah nak ambil tahu pasal ilmu nyanyian,bagi mereka jika dah tak boleh menyanyi tu memang tak boleh menyanyilah.Ada juga yang tak sedar diri walaupun selalu dikutuk oleh kawan-kawan akibat nyanyian yang sumbang mambang masih lagi tak mahu belajar cara nyanyian yang boleh membuat kenkawan terkejut atau paling kurang mereka selesa apabila anda memegang mikrofon untuk menyanyi
Sikap ini haruslah diubah jika anda benar-benar menganggap nyanyian adalah satu seni yang perlu dihargai nilai seninya.Sesebuah lagu itu ada nilai seninya,jika anda hanya menyanyi tanpa mempedulikan aspek aspek teknikal ibarat anda menghina seni itu sendiri.
Ilmu nyanyian jika dipelajari adalah suatu ilmu yang amat seronok untuk diketahui.Melalui pembelajaran yang betul anda kan dapat ‘explore’ kebolehan suara anda dan juga anda akan tahu kekuatan dan kelemahan suara anda.
Suara kita harus dicintai dan disayangi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya dan dengan pengetahuan vokal yang anda ada akan membuatkan anda tidak akan sesekali mensia-siakan anugerah ini
Jadi kesimpulannya disini,berhentilah menyanyi jika anda tidak mahu mempelajari ilmu nyanyian itu sendiri,namun jika hargai suara anda dan seni suara itu sendiri,dapatkan atau pelajari lah ilmu nyanyian walaupun ianya hanyalah asas semata mata.
Saudara Zarul Umbrella,seorang penyanyi popular di pertengahan tahun 90an yang popular dengan lagu “Ramalanku Benar Belaka” baru baru ini telah menulis satu ebook mengenai ilmu nyanyian dan vokal.Ebook yang berjudul Rahsia Vokal ini sarat dengan teknik teknik nyanyian yang perlu anda tahu sebelum anda menyanyi.Teknik pernafasan,range suara,key sesuatu lagu dan penguasaan pentas juga di bongkarkan dalam ebook ini.Malah segala pengalaman beliau semasa menyanyi secara profesionnal juga dicurahkan dalam ebook unik ini.Pendekata ebook ini adalah manual yang perlu ada pada setiap orang yang hendak menyanyi dan mula nak berjinak jinak dengan pusat pusat karaoke:)
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ebook ini anda bolehlah melawat laman web rasmi ebook ini dengan KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment