Sunday, January 18, 2009

Tahniah Meet Uncle Hussain!!! Tahniah Indie Band...


Tahniah diucapkan kepada Meet Uncle Hussain yang telah menjuarai AJL pada tahun ini..Situasi ini telah sedikit sebanyak merubah corak dan warna industri muzik tanahair dengan memartabatkan muzik indie band ini.Ini adalah kemenangan dua tahun berturut-turut yang membabitkan kumpulan indie band,tahun lepas Estranged memenangi AJL.Nampaknya muzik indie band sudah boleh diterima dikalangan masyarakat kita.Diharapkan dengan gelaran ini Meet Uncle Hussain terus berjuang untuk mengenengahkan serta mengukuhkan lagi muzik mereka dalam industri muzik tanahair.

Kemenangan Faizal Tahir dalam ketegori Balada dan Persembahan Vokal memang sudah dijangkakan dengan kekuatan lagu Sampai Syurga yang dicipta oleh komposer yang berkaliber iaitu Audi Mok dan Ahmad Izham Omar.Mungkin ada yang agak kecewa dengan kekalahan Faizal Tahir ditangan Meet Uncle Hussain namun kita harus akur dengan keputusan juri yang saya rasa ingin sedikit sebanyak "membuka" jalan buat kumpulan indie untuk berkarya.Tahniah juga diucapkan kepada pemenang pemenang yang lain iaitu Farah Wahida dalam ketegori Etnik kreatif

Lagu Untukmu - JUARA AJL 2008





No comments: