Monday, February 1, 2010

Persediaan Ke Ujibakat Nyanyian

Kadang-kadang menghairankan bagaimana orang yang diberi peluang untuk menyanyi dalam satu pertandingan nyanyian dan mereka tidak membuat persediaan dengan betul. Jika anda benar-benar serius tentang nyanyian tatkala itu ia sangat mustahak untuk anda mendidik diri anda dan bersiap sedia untuk pertandingan untuk mendapatkan yang terbaik dari kebolehan anda. Tidak kisah betapa hebatnya suara anda, ini adalah satu-satunya perkara yang akan diteliti oleh juri.

Sebagai contoh, cara anda muncul adalah sama penting dengan bagaimana bagus nyanyian dan persembahkan anda. Jika anda langkah di atas pentas lihat seperti troll (makhluk seperti orang kerdil atau raksasa) atau persembahan anda tidak kemas, ketika itu pengadil tentu sekali tidak akan menumpukan kepada nyanyian anda lagi.

Apa yang anda pakai, ucapkan, dan bagaimana anda menangani kebimbangan anda semua perkara tersebut menjadikan persembahan baik atau teruk. Saya sendiri telah melakukan beberapa persembahan dan terdapat sedikit petua tertentu yang saya rasa agak mustahak untuk memberikan persembahan yang hebat

Di antara yang paling mustahak, termasuk yang berikut:
Apabila semakin bersedia untuk pertandingan nyanyian, anda harus sedar yang anda akan memegang mikrofon. Ia adalah cara untuk membiasakan diri anda dengan bagaimana rasanya memegang mikrofon; dan latihan boleh dilakukan semata-mata dengan memegang berus rambut anda. Kemudian apabila anda berada di pertandingan, sekiranya anda mempunyai peluang ia adalah satu idea yang bagus untuk memeriksa stail mikrofon yang akan anda gunakan. Adakah ia tanpa wayar atau anda akan perlu ingat untuk berhati-hati terhadap tali. Akan anda dapat kakinya[mic stand] dan jika begitu, adakah anda bercadang menggunakannya atau tidak? Jika anda mempunyai pilihan dalam perkara tersebut, saya mencadangkan agar anda TIDAK menggunakan mic stand tersebut. Sebaik sahaja tiba giliran anda untuk naik ke pentas, pastikan yang mikrofon dihidupkan. Sekiranya anda mula menyanyi dan anda menyedari bahawa tiada bunyi, ia memalukan…’malu dibuatnya!!’ seperti kata Mirnawan Nawawi dalam iklan kat tv tu..

Keduanya, adalah bagus untuk memperkenalkan diri anda. Terlebih dahulu untuk latihan persembahan, mengucapkan pengenalan diri anda dengan berus rambut di tangan anda. Catatkan pengenalan diri anda kat mana mana dan berlatih, berlatih, berlatih. Anda tidak mahu berakhir dalam keadaan terlupa dan ragu-ragu. Beri pengenalan yang ringkas. Pengenalan diri anda hendaklah termasuk nama anda, tajuk lagu yang akan anda nyanyikan dan alasan memilih lagu itu. Ini memberikan anda satu pendedahan bagi prestasi anda. Sekiranya anda mula sahaja menyanyikan lagu anda tanpa memberitahu sesiapa apakah ia dan mengapa anda memilihnya, ia akan sedikit janggal.
Seperti yang telah dikatakan, pastikan pakaian anda sesuai. Sentiasa fikirkan bahawa semua orang, penonton dan khususnya pengadil akan memberi perhatian penuh kepada cara anda berpakaian. Adalah penting bagi anda untuk memiliki pakaian yang menarik, jika anda dapat pergi salon rambut terlebih dahulu, lebih baik dalam memberikan anda tampak bergaya dalam persembahan anda. Ia dianggap sebagai penjagaan diri sendiri, kita semua tahu bahawa kita berasa bagus tentang betapa kita kelihatan, ia terbukti.Tapi jangan over plak yer
Dan selepas semuanya, akhirnya anda bersedia untuk persembahan anda, kecuali tekanan di atas pentas berdepan dengan pengadil dan penonton. Kegelisahan adalah normal; bahkan penyanyi berpengalaman biasanya sekali-sekala merasakan gemuruh. Kalau saya ,saya buat bodoh dan buat tak Nampak je..juz enjoy the music dan menyanyi

Perkara yang penting untuk diingati adalah anda lakukannya untuk pertandingan dan penonton ingin sekali mendengar anda memberikan persembahan. Oleh itu, bertenang, nikmati pengalaman dan dapatkan keyakinan untuk pergi ke atas pentas kerana anda tahu anda akan melakukan yang terhebat.

Ilmu Nyanyian – Ilmu Yang Tidak Diendahkan?

Dari dahulu lagi ramai antara kita yang suka menyanyi,ada yang hanya suka-suka,ada yang nak menunjuk nunjuk,ada juga yang dah ketagih menyanyi dan macam macam lagi alasan demi memenuhi rasa ingin menyanyi

Namun ramai antara mereka ini yang hanya tahu menyanyi tetapi mereka tak pernah nak ambil tahu pasal ilmu nyanyian,bagi mereka jika dah tak boleh menyanyi tu memang tak boleh menyanyilah.Ada juga yang tak sedar diri walaupun selalu dikutuk oleh kawan-kawan akibat nyanyian yang sumbang mambang masih lagi tak mahu belajar cara nyanyian yang boleh membuat kenkawan terkejut atau paling kurang mereka selesa apabila anda memegang mikrofon untuk menyanyi

Sikap ini haruslah diubah jika anda benar-benar menganggap nyanyian adalah satu seni yang perlu dihargai nilai seninya.Sesebuah lagu itu ada nilai seninya,jika anda hanya menyanyi tanpa mempedulikan aspek aspek teknikal ibarat anda menghina seni itu sendiri.

Ilmu nyanyian jika dipelajari adalah suatu ilmu yang amat seronok untuk diketahui.Melalui pembelajaran yang betul anda kan dapat ‘explore’ kebolehan suara anda dan juga anda akan tahu kekuatan dan kelemahan suara anda.

Suara kita harus dicintai dan disayangi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya dan dengan pengetahuan vokal yang anda ada akan membuatkan anda tidak akan sesekali mensia-siakan anugerah ini

Jadi kesimpulannya disini,berhentilah menyanyi jika anda tidak mahu mempelajari ilmu nyanyian itu sendiri,namun jika hargai suara anda dan seni suara itu sendiri,dapatkan atau pelajari lah ilmu nyanyian walaupun ianya hanyalah asas semata mata.

Saudara Zarul Umbrella,seorang penyanyi popular di pertengahan tahun 90an yang popular dengan lagu “Ramalanku Benar Belaka” baru baru ini telah menulis satu ebook mengenai ilmu nyanyian dan vokal.Ebook yang berjudul Rahsia Vokal ini sarat dengan teknik teknik nyanyian yang perlu anda tahu sebelum anda menyanyi.Teknik pernafasan,range suara,key sesuatu lagu dan penguasaan pentas juga di bongkarkan dalam ebook ini.Malah segala pengalaman beliau semasa menyanyi secara profesionnal juga dicurahkan dalam ebook unik ini.Pendekata ebook ini adalah manual yang perlu ada pada setiap orang yang hendak menyanyi dan mula nak berjinak jinak dengan pusat pusat karaoke:)

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ebook ini anda bolehlah melawat laman web rasmi ebook ini dengan KLIK DISINI

Thursday, January 14, 2010

Ebook Vokal Pertama Di Malaysia


Menyanyi merupakan satu aktiviti yang digemari ramai,bukan sahaja dikalangan anak anak muda malah ianya juga digemari oleh para belia,pakcik makcik dan ada juga golongan yg sudah berumur.

Sejak dari dulu lagi banyak pertandingan pertandingan nyanyian yang dianjurkan,antara yang popular adalah seperti Bintang RTM,Bintang Radio,Bintang Asli,Bintang HMI dsb,dan kini format realiti menguasai pertandingan pertandingan nyanyian seperti Akademi Fantasia(AF),One In A Million,Gangstarz,Mentor dan beberapa lagi. Sambutan terhadap rancangan rancangan nyanyian berbentuk realiti ini amat memberangsangkan,dan stesen stesen televisyen telah mengaut untung yang agak besar hasil dari undian sms dari penonton.

Berdasarkan pada fenomena AF3 dimana Mawi menjuarai AF musim tersebut,sebanyak hampir RM13 juta ringgit telah berjaya dikutip hasil dari undian sms penonton sahaja.

Tidak dinafikan yang penonton kita memang menggemari nyanyian.Pun begitu masih banyak kekurangan pada kualiti penyanyi penyanyi yang mengambil bahagian,yang bagus boleh dikira dengan jari.

Ini terjadi kerana mungkin pendedahan yang kurang terhadap ilmu nyanyian.Ramai yang boleh menyanyi namun tak ramai yang tahu teknik sebenar cara menyanyi dengan betul.

"Fakta: Semua Orang Boleh Menyanyi"
Ini mungkin mengejutkan ramai orang dan juga menggembirakan ramai orang.Kini dengan sedikit kesungguhan dan disiplin dalam mendalami ilmu nyanyian anda sudah boleh menyanyi.Ini diakui oleh ramai guru guru vokal diserata dunia

Buat pertama kali di Malaysia seorang bekas penyanyi tanahair hari ini tampil dengan menyediakan satu kompilasi teknik teknik serta tips tips nyanyian kepada umum dengan menulis sebuah ebook berjudul Rahsia Vokal.Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Zarul Umbrella,bekas penyanyi kumpulan pop 90an yang pernah popular dengan lagu Ramalan Ku Benar Belaka dan Bukalah Hatimu.Beliau telah membentangkan segala rahsia serta teknik nayanyian yang betul yang pernah diguna pakai oleh beliau sendiri semasa menjadi penyanyi pro suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik tentang ebook ini?Mungkin inilah yang anda fikirkan sekarang bukan? Baiklah mari saya terangkan.

Berikut adalah beberapa tips serta teknik nyanyian yang terdapat dalam ebook ini:-

# Bagaimana dengan latihan pernafasan yang betul mampu memberikan anda satu kuasa pernafasan yang hebat ketika menyanyi.
# Bagaimana dengan latihan pernafasan menggunakan teknik “SSSS”, mampu melatih pernafasan bagi pelbagai rentak serta nada lagu.
# Bagaimana untuk melakukan pernafasan ketika menyanyi, jika salah meletakkan nafas, nyanyian mudah menjadi sumbang dan anda mudah termengah.
# Bagaimana mengelak diri dari mengalami kecederaan suara. Jika berlaku anda terpaksa berehat lama sehingga anda pulih. (itu pun jika boleh pulih)
# Bagaimana menggunakan otot-otot yang berkaitan sahaja bagi mengeluarkan suara yang berdaya tinggi tanpa memberi tekanan kepada otot-otot yang yang lain.

...dan banyak lagi tip tip yang menarik untuk dibaca dan dipraktikkan.

Jadi jika anda merupakan peminat karaoke,selalu memasuki pertandingan nyanyian atau mungkin anda bercita cita untuk mengasah bakat anda menjadi superstar ini lah masanya untuk anda mengambil peluang ini sementara ianya dipasaran dengan memiliki ebook unik ini.
Anda boleh melawat laman web ini untuk mendapatkan salinan ebook anda
http://rahsiavokal.com/index.php?ref=index

Wednesday, November 18, 2009

Siti Nurhaliza - Di Taman Teman


klik download

Goliath Band - Kesucian mu


Klik download

5o Tips dan Fakta Nyanyian Untuk di DOWNLOAD PERCUMA

5o Tips dan Fakta Nyanyian Untuk di DOWNLOAD PERCUMA

Sedarkah Bahawa, Anda Juga Mampu Menyanyi Dengan Baik Seterusnya Memenangi Berbagai Pertandingan Nyanyian?

Ketahuilah rahsia bagaimana dengan mengikuti teknik yang betul serta mudah semuanya itu bukan lagi sekadar impian kosong, malah anda mampu membuatkan rakan-rakan serta keluarga anda terkejut melihat kehebatan mendadak nyanyian anda dalam masa yang singkat

klik disini untuk mendownload percuma ebook ini

Thursday, July 30, 2009

17 tip penjagaan suara untuk penyanyi

  1. - buat senaman dan berenang
  2. - elakkan caffeine,makanan tenusu dan pedas serta masin
  3. - jangan merokok
  4. -sentiasa meminum air
  5. -anda demam?jangan menyanyi
  6. -ambil vitamin tambahan
  7. - elakkan bercakap banyak,rehatkan suara anda
  8. - tidur kasi cukup
  9. - jangan selalu menjerit-jerit
  10. - sebelum menyanyi cuba elakkan bercakap banyak sangat
  11. -warm-up suara setiap kali sebelum anda menyanyi
  12. - menyanyilah sentiasa kat mana-mana practise made perfect
  13. - bina stamina dalam rehearsal, excersice + sing other song, increase slowly.
  14. - practise should be by yourself.
  15. - isolate to work on a difficult part, dont sing whole song over and over.
  16. - start with the most difficult song dulu
  17. - rehat jika anda rasa suara anda penat